Bukit Mertajam: Lebih 10,000 orang ramai membanjiri Program Fit Malaysia Peringkat Pulau Pinang di Kompleks Sukan MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam, di sini pada 21 Julai 2019.
Program yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq memulakan program dengan Larian dan kayuhan bakal sejauh 30 kilometer di sekitar daerah ini.
Sejurus selepas majlis perasmian, beliau menyampaikan sumbangan cek bagi penganjuran Hari Sukan Negara Pulau Pinang di sini, pada Tahun ini.
Pelbagai program dianjurkan sempena Fit Malaysia termasuk persembahan aerobik, parkour, pameran kesihatan dan pelbagai lagi.
Program sehari ini bermula pada 7 pagi dan akan berakhir 5 petang.
0 comments:
Post a Comment