Monday 16 September 2019

SATU PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI DALAM URUSAN PILIHANRAYA BERSAMA SURUHAJAYA PILIHAN RAYA NEGERI PULAU PINANG (SPR)


12 September 2019 – Perai, Satu program pendidikan pengundi dalam urusan pilihanraya bersama Suruhajaya Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang (SPR) telah diadakan di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian Perai, Pulau Pinang bertujuan memberi penerangan secara jelas kepada staf dan memberi pendedahan kepada pelajar di ILP Perai.


Antara yang telah di sentuh oleh SPR adalah berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan pertama pada 16 Julai lalu yang antaranya menurunkan had umur undi kepada 18 tahun mendapat undian majoriti dua per tiga, namun begitu pelaksanaannya hanya akan bermula selepas 3 tahun dari tarikh RUU diwartakan dan diluluskan di Dewan Negara iaitu pada 25 Julai 2019.

Menurut SPR lagi, wujudnya Akademi Pilihan Raya pada 2007 adalah untuk mendidik, meningkatkan pengetahuan dan memberi kesedaran tentang pentingnya penglibatan semua pihak bukan sahaja kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah orang ramai dalam proses pilihan raya itu.

Dalam masa yang sama SPR mengambil kesempatan untuk menerangkan tugas-tugas SPR serta Perlembgaan Persekutuan yang melibatkan SPR seperti jenis-jenis pilihanraya, proses pilihanraya dan system pilihanraya di Negara ini.

Dan yang terakhir SPR mengupas serta menerangkan Isu dan Cabaran SPR pada PRU ke 13 dan ke 14 yang lepas buat pengetahuan staf dan pelajar.

Para pelajar juga diberi peluang untuk melakuan simulasi urusan pilihanraya yang bantu oleh staf-staf SPR dalam memberi advokasi secara jelas dan terus kepada pelajar.

Tuesday 27 August 2019

BANNER HARI KEMERDEKAAN

ASSALAMUALAIKUM WBT

ALHAMDULILLAH HARI INI SAYA AKAN MEMUATNAIK BANNER SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG TELAH SAYA REKA SELEPAS DIBERI SEDIKIT ILMU UNTUK HARI INI


SAYA DENGAN INI JUGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 62 BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Tuesday 23 July 2019

The Swamp Sniper




Assalamualaikum WBT

Ini adalah gambar pertama yang saya crop menggunakan Adobe Photoshop. Gabungan tiga gambar saya jadikan satu gambar yang bertindih. Siap namakan gambar tersebut The Swamp Sniper


Monday 22 July 2019

Program Fit Malaysia Penang 2019


Bukit Mertajam: Lebih 10,000 orang ramai membanjiri Program Fit Malaysia Peringkat Pulau Pinang di Kompleks Sukan MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam, di sini pada 21 Julai 2019.
Program yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq memulakan program dengan Larian dan kayuhan bakal sejauh 30 kilometer di sekitar daerah ini.
Sejurus selepas majlis perasmian, beliau menyampaikan sumbangan cek  bagi penganjuran Hari Sukan Negara Pulau Pinang di sini, pada Tahun ini.
Pelbagai program dianjurkan sempena Fit Malaysia termasuk persembahan aerobik, parkour, pameran kesihatan dan pelbagai lagi.
Program sehari ini bermula pada 7 pagi dan akan berakhir 5 petang.

Tuesday 16 July 2019

Powered by Blogger.

SATU PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI DALAM URUSAN PILIHANRAYA BERSAMA SURUHAJAYA PILIHAN RAYA NEGERI PULAU PINANG (SPR)

12 September 2019 – Perai, Satu program pendidikan pengundi dalam urusan pilihanraya bersama Suruhajaya Pilihan Raya Negeri Pulau Pinan...

Search This Blog

My Blog List

About

Blogroll

BTemplates.com

MyCbox