12 September 2019 – Perai, Satu program pendidikan pengundi dalam urusan pilihanraya bersama Suruhajaya Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang (SPR) telah diadakan di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian Perai, Pulau Pinang bertujuan memberi penerangan secara jelas kepada staf dan memberi pendedahan kepada pelajar di ILP Perai.
Antara yang telah di sentuh oleh SPR adalah berkenaan Rang
Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah dibentangkan di Dewan
Rakyat untuk bacaan pertama pada 16 Julai lalu yang antaranya menurunkan had
umur undi kepada 18 tahun mendapat undian majoriti dua per tiga, namun begitu pelaksanaannya hanya akan bermula selepas 3 tahun dari tarikh RUU diwartakan dan
diluluskan di Dewan Negara iaitu pada 25 Julai 2019.
Menurut SPR lagi, wujudnya Akademi Pilihan Raya pada 2007
adalah untuk mendidik, meningkatkan pengetahuan dan memberi kesedaran tentang
pentingnya penglibatan semua pihak bukan sahaja kakitangan Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR), malah orang ramai dalam proses pilihan raya itu.
Dalam masa yang sama SPR mengambil kesempatan untuk
menerangkan tugas-tugas SPR serta Perlembgaan Persekutuan yang melibatkan SPR seperti
jenis-jenis pilihanraya, proses pilihanraya dan system pilihanraya di Negara ini.
Dan yang terakhir SPR mengupas serta menerangkan Isu dan Cabaran SPR pada
PRU ke 13 dan ke 14 yang lepas buat pengetahuan staf dan pelajar.
Para pelajar juga diberi peluang untuk melakuan simulasi
urusan pilihanraya yang bantu oleh staf-staf SPR dalam memberi advokasi secara
jelas dan terus kepada pelajar.